Sejarah Kehidupan Sebelum Penubuhan Sendayu Tinggi
1.0 PROFIL USAHAWAN
1.1 SEJARAH KEHIDUPAN SEBELUM PENUBUHAN SENDAYU TINGGI
Puan Rozita adalah anak kelahiran Sungai Besar , Selangor. Beliau telah dibesarkan di Felda Palong 7. Gemas, Negeri Sembilan. Beliau adalah wanita yang berasal dari keluarga yang sederhana.
Bapa beliau dulunya adalah merupakan seorang ustaz dan guru agama di kawasan felda walaupun kini telah lumpuh.
Manakala ibunya adalah seorang suri rumah sepenuh masa. Kesusahan hidup amat dirasai oleh beliau yang merupakan anak sulung daripada enam beradik. Berbekalkan semangat dan keazaman yang tinggi, menjadikan beliau seorang yang matang dan tabah dalam mengenal erti sebuah kehidupan.
Sebelum bergelar usahawan, Rozita ibrahim terpaksa menempuh onak dan duri dan beliau pernah melalui pengalaman pahit menjadi ibu tunggal. Beliau telah menamatkan zaman gadis dalam usia yang terlalu muda dengan lelaki pilihan keluarga. Dalam usia itu, Rozita tidak berpeluang memikirkan tentang kerjaya. Hidupnya banyak di habiskan dengan keluarga di samping membantu suami dengan menoreh, membekalkan makanan dan membuat kontrak perladangan pada pendatang asing serta menjalankan perniagaan kedai runcit di Felda Kechau 1, sempadan Gua musang.
Tragedi buruk berlaku ketika menyara anak yang berumur 3 bulan bila mana terpaksa menggantikan susu dengan air sirap kepada bayinya. Anak keduanya pernah sakit dan lumpuh serta terpaksa menggunakan tumbuhan hutan untuk mengubatinya. sayangnya arwah anak saya tidak berpeluang merasai kesenangan. Dia pergi kerana tidak mendapat rawatan terbaik.
Lantaran dari perkara itu, Puan rozita mengambil inisiatif lain untuk berkerja di sector perladangan bagi menampung kehidupan sekeluarga. Pengalaman bekerja di sektor perladangan ini telah menemukan beliau dengan pelbagai golongan warga asing yang mahir dalam perubatan yang berasal dari Lambok, Acheh, Madura, Batak dan Pattani di sekitar tahun 1987. Ini membantu beliau meluaskan lagi pengetahuan dan minatnya dlam bidang perubatan herba.
Beliau menyedari bahawa pekerja- pekerja asing ini kuat bekeja walaupun mereka hanya mengalas perut. Dengan sedikit makanan sahaja, rahsianya ialah herba- herba dari hutan yang menjadikan mereka sihat walaupun tidak mendapat makanan yang sihat.
Seterusnya, beliau menceburi bidang perniagaan secara kecil – kecilan seperti menjual rokok ketek, akhbar, majalah dan nasi lemak dengan menggunakan motosikal. Beliau sanggup mengenepikan pandangan orang di sekeliling yang sering memandang serong terhadap wanita yang sanggup melakukan kerja orang lelaki. Dalam fikiran beliau, apa yang paling utama ialah diri dan anak –anaknya. Puan rozita kuat berpegang pada prinsipnya, “Sesiapa yang malas berusaha dan membuang masa adalah orang yang bodoh lagi merugikan”.
Bagi beliau, mencari rezeki yang halal adalah sesuatu yang perlu di banggakan dan tidak ada apa yang perlu dimalukan. Pelbagai juga pekerjaan yang telah dilakukan dan berkat kesabaran, beliau akhirnya berjaya mengumpulkan modal sebanyak RM 2000.00.
Dengan berbekalkan wang simpanan, puan rozita berhijrah ke kuala Lumpur secara bersendirian. Beliau terpaksa meninggalkan anaknya di kampung di bawah jagaan suaminya. Dengan seribu impian dan semangat yang membara, beliau mengharapkan penghijrahan kali ini akan dapat mencorakkan kehidupan yag lebih sempurna kepada keluarganya. Pelbagai jenis pekerjaan yang telah dicuba untuk menampung empat orang anaknya. Beliau pernah bekerja sebagai operator pengeluaran, penyambut tetamu, dan pernah bekerja sebagai pekerja hotel dengan gaji serendah RM350.00 sebulan. Dugaan demi dugaan, beliau hadapi sama ada dari segi kewangan mahupun masalah keluarga yang tidak dapat dielakkan.
Beliau mula mengorak langkah baru dengan bekerja di Publishing Group dan seterusnya menimba pelbagai pengalaman samada dari golongan bawahan mahupun atasan. Seterusnya, Puan Rozita menimba pengalaman dalam bidang perniagaan apabla bekerja di bahagian hartanah yang mendedahkan beliau untuk berurusan dalam perniagaan dan telah belajar untuk bertutur dalam bahasa inggeris sebagai persediaan memulakan perniagaan. Pada masa inilah beliau mula membuat ubatan secara kecil – kecilan dirumah bagi menambah sumber pendapatan serta mengumpul modal.
Pada tahun 1997, dengan bermodalkan RM400 hasil gadaian barang – barang kemas, Puan Rozita memulakan perniagaan dalam menghasilkan formulasi baru dan ingin melihat potensi harba tradisional dan penerimaannya pada masyarakat di Malaysia. Beliau sanggup menjalankan ujikaji dengan mengemukkan badannya sendiri sebanyak tiga kali dan akhirnya berjaya menurunkan semula. Akhirnya beliau telah berjaya menjalankan perniagaanya sendiri berkat kesabaran dan azam yang tinggi. Apa yang pasti, wanita tabah ini sentiasa belajar untuk membina diri sebagai wanita yang kental.
Dari semangat yang kental pelbagai cabaran yang pernah dilalui, kegagalan yang pernah dialami beliau bangkit dengan azam yang kukuh. Bermula dari sinilah beliau telah membuka syarikat pada tahun 1999 dan nama “SENDAYU TINGGI” telah di wujudkan. Walaupun diusahakan secara kecil – kecilan beliau telah mendapat sebanyak RM10,000 sehingga RM30,000 sebulan dan telah mula dikenali serta diterima oleh pengguna sejak tahun 2000.
Nama Sendayu Tinggi adalah berasal dari perkataan Saneh Dayo (nama sejenis pokok mengikut suku kaum ulu Pahang) yang bermakna Seni Dayung Tinggi di bawah cita – cita agung beliau. Maka lahirlah nama Sendayu Tinggi yang diimpikan selama ini.
Kini Puan Rozita boleh berbangga dengan pencapaian beliau dalam bidang perniagan yang berkaitan dengan perubatan tradisional yang berasaskan harba. Nama Sendayu Tinggi kini begitu dikenali dan dipercayai keberkesanannya oleh para pengguna.
Setelah 5 tahun mengharungi pahit getir dalam dunia perniagaan, Puan Rozita yang mengkagumi tokoh Lim Goh Tong dan Boon Siew Honda akhirnya memahat nama sebagai seorang saudagar produk kecantikan atas nama yang makin dikenali, Sendayu Tinggi. Apa yang membanggakan, Sendayu Tinggi kini mempunyai 9 anak syarikat dibawahnya iaitu :
– SENDAYU TINGGI HOLDING SDN BHD
– SENDAYU TINGGI CORPORATION (M) SDN BHD
– SENDAYU TINGGI BODY & SKINCARE (M) SDN BHD
– SENDAYU TINGGI MANUFACTURING (M) SDN BHD
– ST COSMETICS & FRAGRANCES (M) SDN BHD
– SENDAYU TINGGI LOGISTICS (M) SDN BHD
– ST ADVERTISING AGENCY SDN BHD
– ETHNIQUE FOOD INDUSTRIES SDN BHD
– C MAX EXHIBITION & PROMOTION, SENDAYU TINGGI PROPERTIES & MANAGEMENT SDN BHD
Sendayu Tinggi kini mampu memiliki bangunan sendiri tiga tingkat di Bandar Bukit Tinggi Klang , dan Ibu Pejabat Sendayu Tinggi cawangan kuala Lumpur. Selain itu, mempunyai bangunan 4 tingkat dan satu tingkat yang terletak di Bandar Baru Klang., Selangor yang dijadikan sebagai stor produk sendayu tinggi. Sendayu Tinggi juga telah mempunyai kilang pemprosesan herba bagi produk tradisional iaitu SENDAYU TINGGI MANUFACTURING (M) SDN BHD. Kilang ini telah memperolehi lesen Amalan Perkilangan Baik (GMP) dari Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan Malaysia serta pelbagai asset seperti tanah di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor. Jumlah pengedar beliau ialah lebih dari 2000 orang di seluruh Malaysia, Brunei dan Singapura dan yang terbaru di Jepun, China, Taiwan dan Korea dengan usahasama MATRADE. Bukan setakat perniagaan menjual herba namun wanita ini lebih suka mendekatkan diri ngan masyarakat terutamanya golongan susah, ibu tunggal, orang tua dan anak yatim. Apabila disentuh dengan matlamat perniagaannya, Puan Rozita menjelaskan :
“Dunia Perniagaan seperti dalam pertempuran. Kemenangan adalah matlamat. Azam sentiasa di genggam. Dalam konteks perniagaan, pasti ada keuntungan. Pun begitu, saya ingin memberikan kualiti yang terbaik kepada pelanggan. Apa yang saya perolehi, saya salurkan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, orang tua dan anak yatim. Bagi saya, itulah nilai sebuah kasih sayang yang tidak dapat dijual beli dengan wang ringgit. Saya sayangkan masyarakat dan saya juga ingin disayangi oleh masyarakat. Harapan utama ialah saya mahu mewarnai masyarakat , wanita, ibu tunggal khususnya dari pelbagai aspek.
Menitikberatkan kasih sayang itulah kepuasan dalam diri saya. Dengan kasih sayang saya berharap agar dapat menyuntik semangat keberanian dan jati diri yang kukuh dalam diri dan masyarakat. Saya perlukan kasih sayang begitu juga anda.
Justeru itu saya mahu pengedar saya kasih dan sayang kepada saya dan Sendayu Tinggi seperti mana saya kasih dan sayang kepada pengedar dan pengguna seterusnya kepada muslimin dan muslimat seagama dan bangsa.
Hina besi kerana karat, hina manusia kerana melarat. Matlamat dalam perniagaan pasti sasarannya keuntungan. Pnu begitu, jihad dan perjuangan besar saya ialah memperbaiki diri, membantu keluarga, membantu golongan wanita yang ingin berniaga., membantu golongan fakir miskin dan membangunkan anak bangsa.
Saya percaya, zaman dahulu siapa kuat dia raja tetapi kini siapa bijak dialah raja. Walaupun kini ramai yang cerdik dan pandai namun masih ada juga yang tidak berjaya dalam kerjaya. Cubalah selidiki apa kekurangan diri. Kreativiti dan daya fakir yang tinggi dan sesekali menyelami tentang kehidupan alam sekeliling perlu menjadi bekalan dalam kehidupan,” ujarnya.
0 comments:
Post a Comment